25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STARSABAH puji KPMKR tanangani isu palauh, aktiviti pengemis jalanan: Kong

Kong Soon Choi….. Pihaknya bersedia berkerjasama dengan agensi penguatkuasa bagi membantu sebarang tindakan menangani isu-isu yang boleh mewujudkan suasana tidak selesa dikalangan rakyat negeri ini.

RANAU: Pergerakan Exco Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (StarSabah) memuji tindakan Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat serta beberapa agensi penguatkuasa lain yang menjalankan operasi bersepadu menangani isu palauh dan aktiviti pengemis jalanan di negeri ini.

Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, tindakan tegas seumpama itu perlu diteruskan agar isu berkenaan dapat dibendung sepenuhnya bagi mewujudkan suasana bandar atau pekan yang selamat, bersih dan selesa kepada masyarakat umum serta pelancong.

“Tindakan tegas seperti itu sangat berkesan untuk terus menangani isu palauh dan pengemis jalanan yang saya percaya kebanyakan dari kalangan mereka tidak memiliki dokumen pengenalan. Saya berharap ianya akan diteruskan dari masa ke semasa”. Jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kong yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, pihaknya bersedia berkerjasama dengan agensi penguatkuasa bagi membantu sebarang tindakan menangani isu-isu yang boleh mewujudkan suasana tidak selesa dikalangan rakyat negeri ini.

Pada Khamis lepas, satu operasi bersepadu diketuai oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib dan disertai pegawai dan penguat kuasa dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga beberapa agensi lain telah dilaksanakan bagi bagi menyelesaikan isu Palauh dan pengemis di Bandaraya Kota Kinabalu.

Dalam operasi bersepadu itu, Seramai 31 orang, iaitu 10 wanita, tiga lelaki dewasa dan 18 kanak-kanak berjaya diselamatkan.

James dalam kenyataannya turut menyatakan operasi menyelamat mereka di pusat bandar Kota Kinabalu itu bertujuan untuk membersihkan kawasan DBKK daripada Palauh-Palauh dan pengemis di jalanan dan akan diteruskan ke beberapa daerah lain di Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN