29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STARSABAH menyambut baik usaha kerajaan pusat memperkenalkan Menu Rahmah

RANAU: Pergerakan Exco Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (StarSabah) menyambut baik usaha kerajaan pusat memperkenalkan Menu Rahmah yang disifatkan mampu meringankan beban perbelanjaan harian rakyat khasnya bagi golongan yang memerlukan.

Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, usaha itu perlu disokong kerana ketika ini kos sara hidup rakyat agak tinggi dan sudah tentu dengan adanya usaha kerajaan seumpama itu maka kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan agak lega kerana terdapat pilihan mampu milik khasnya dalam hidangan makanan.

“Dengan tawaran harga serendah RM 5.00 dan menu hidangan yang seimbang, sudah tentu ramai masyarakat yang memerlukan boleh menikmati hidangan tersebut tanpa terlalu terbeban. Menu Rahmah ini turut memberi kelegaan kepada golongan pekerja yang berpendapatan sederhana dan rendah”. Jelasnya.

Tambah Kong lagi, perlaksanaan program Menu Rahmah perlu diperluaskan ke daerah-daerah pedalaman di Sabah yang mana kumpulan sasar seperti petani, buruh binaan, nelayan dan pengusaha van dan teksi turut dapat menikmati tawaran tersebut.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) disaran untuk menilai kesesuaian permis makanan di daerah-daerah pedalaman dimana menu rahmah layak diperkenalkan untuk rakyat dikawasan berkenaan.

“Menu rahmah juga perlu diperluaskan di kawasan daerah pedalaman agar kelompok masyarakat yang memerlukan dapat menikmati kemudahan itu. Kos-kos seperti sayur-sayuran mungkin agak murah di kawasan ini tetapi bagi makanan basah seperti ikan dan daging ayam atau lembu agak tinggi”. Katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengumumkan Program Menu Rahmah yang membabitkan 15,000 permis makanan diseluruh negara dengan harga serendah RM 5.00.

Setakat ini, restoran yang terlibat alam program itu ialah ahli daripada tujuh persatuan antaranya Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS)serta Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.

Perlaksanaan program juga membabitkan ahli Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia -Singapura (MSCSPGA), Persatuan Peruncit Bumiputera Malaysia(BRO), Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Peruncit Malaysia (MRA).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN