27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STARSABAH hantar sumbangan kepada keluarga terjejas banjir di Inanam

SERAH BANTUAN….Kong menyampaikan bantuan barangan makanan kepada salah seorang mangsa banjir di Kg.Kitobu, Inanam.

KOTA KINABALU: Sebanyak 35 keluarga yang terjejas akibat musibah banjir di Kampung Kitobu, Inanam baru-baru ini mendapat perhatian daripada Pergerakan Wiramuda Star Sabah.

Timbalan Ketua Wiramuda parti itu, Kong Soon Choi bersama beberapa jentera pergerakannya telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan kepada ketua isi rumah di kampung tersebut pada Rabu.

Menjelaskan perkara itu, Kong berkata beliau bersama beberapa jentera pemuda Star Sabah memahami keperitan yang dialami penduduk terlibat.

Justeru, beliau telah mendapatkan beberapa senarai keluarga yang benar-benar terkesan dengan bencana alam itu untuk diberikan sumbangan sewajarnya.

“Kami sedar, ramai mangsa yang terjejas akibat musibah banjir kilat yang melanda sekitar kawasan Inanam baru-baru ini. Tidak terkecuali beberapa penduduk di Kampung Kitobu yang mana beberapa harta benda turut mengalami keroskan. Oleh itu, kami secara ikhlas hati memberikan sedikit bantuan berupa barangan makanan untuk meringankan bebanan mereka”, jelas Kong.

Dalam pada itu, Kong juga berharap agar penyelenggaran sistem sungai dan perparitan disekitar kawasan Inanam dapat dilaksanakan segera bagi mengurangkan risiko banjir kilat yang teruk pada masa akan datang.

Katanya, kepesatan pembangunan dikawasan itu menyebabkan beberapa batang sungai dan parit utama mungkin sukar menampung kapasiti air hujan yang turun lebat dalam satu-satu masa.

“Penyelenggaran sungai dan parit utama secara sistematik mungkin mengurangkan risiko banjir kilat yang agak serius. Kepakaran jurutera tertentu perlu segera dilaksanakan untuk merangka sistem tambatan banjir yang lebih efisyen”, tegasnya.

Hujan lebat disekitar negeri Sabah sejak Jumaat lepas mengakibatkan berlaku banjir kilat dibeberapa kawasan termasuk perkampungan di Inanam. Kejadian itu turut meragut nyawa dua penduduk Kampung di Jalan Kionsom Lama yang dihanyutkan arus deras ketika kereta Myvi yang dinaiki mereka cuba melintas jambatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN