27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STARSABAH berterima kasih kepada seluruh warga PDRM

KONG…duduk (kedua dari kiri)

KOTA KINABALU : Pergerakan Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berterima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, usia PDRM yang menjangkau 217 tahun ketika ini menjadikan organisasi itu melakar banyak kejayaan bukan sahaja dari aspek mengawal keselamatan negara, bahkan menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa untuk mencari rezeki selain dapat hidup secara harmoni walau berbeza anutan agama dan bangsa.

“Sebagai rakyat negara ini, saya mengakui Pasukan PDRM dengan slogan ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ telah menabur khidmat bakti terbaik untuk negara dan rakyat secara keseluruhannya. Ini menjadikan rakyat berasa selamat melakukan rutin kehidupan harian khasnya mencari rezeki”. Katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kong yang juga Pengerusi Koporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) menjelaskan, golongan nelayan juga sentiasa berasa selamat untuk mencari rezeki disekitar perairan negara dengan adanya penugasan Pasukan Polis Marin.

Katanya, kecekapan para pegawai dan anggota PDRM dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan turut membolehkan organisasi dibawah seliaannya menambah pendapatan untuk memacu ekonomi Kerajaan Negeri Sabah sekaligus merancakkan lagi agenda pembangunan rakyat.

“Justeru, adalah wajar penghargaan diberikan kepada seluruh barisan pegawai dan anggota PDRM kerana dengan perkhidmatan cemerlang mereka, aspek pembangunan ekonomi turut meningkat dan para pelabur mudah untuk bertapak di negara kita khsusunya negeri Sabah’’. Katanya.

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 2024 peringkat nasional hari ini telah dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pulapol, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN