27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STAR Sokong gesaan Presiden parti wujudkan satu lagi lapangan terbang antarabangsa di Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Pergerakan Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Aikru (StarSabah), Kong Soon Choi menyokong gesaan Presiden parti itu berhubung cadangan mewujudkan satu lagi lapangan terbang antarabangsa di Sabah selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Katanya, saranan pemimpin itu bukan sahaja bakal merancakkan ekonomi negeri ini malah memudahkan pelabur asing dari pelbagai negara luar datang ke sini untuk membuat pelaburan sekaligus membuka banyak ruang pekerjaan kepada para belia tempatan.

‘’Atas kapasiti negeri Sabah yang begitu luas, kewajaran untuk mewujudkan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa sangat releven sebagai langkah merancakkan lagi ekonomi serantau antara negeri Sabah dengan negara-negara jiran lain’’. Jelasnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kong yang juga Pengerusi Ko Nelayan Sabah berkata, sumber perikanan yang bermutu tinggi di negeri ini memerlukan pelabur asing yang konsisten untuk membuka perniagaan di Sabah dan pembinaan lapangan terbang bertaraf antarabangsa khasnya dikawasan Pantai Timur Sabah boleh melancarkan rancangan perniagaan berteraskan perikanan.

Dalam pada itu, Kong juga mengalu-alukan sebarang rancangan mengadakan pameran pelaburan dan promosi perdagangan secara besar-besaran di Kota Kinabalu bagi menarik para pelabur luar untuk menerokai pelbagai produk keluaran Ko Nelayan Sabah.

Dr Jeffrey, yang juga Ahli Parlimen Keningau, pada Rabu lepas menyatakan dalam perbahasan bajet peringkat Kementerian di Dewan Rakyat menyarankan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan satu lagi lapangan terbang antarabangsa di Sabah selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang kini merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata lapangan terbang antarabangsa kedua diperlukan untuk menampung jumlah ketibaan pelancong antarabangsa yang tinggi ke Sabah melalui KKIA.

Beliau turut mengajukan soalan mengenai rancangan strategik Kementerian Pengangkutan untuk menambah baik dan menaik taraf lapangan terbang Sandakan dan Tawau kepada lapangan terbang antarabangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN