28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STAR bimbang tahap keselamatan pelajar, terdedah risiko kemalangan

MENDATANGKAN RISIKO KEMALANGAN….Pelajar sekolah Rendah dan Menengah Tamparuli melintas jalanraya utama ketika balik daripada sekolah.

TUARAN: Pergerakan Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (Star) menyuarakan kebimbangannya mengenai tahap keselamatan pelajar didua buah sekolah dekat sini yang terdedah dengan risiko kemalangan jalanraya.

Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, tinjauan dilakukannya ke jalan utama berhadapan pintu gerbang Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli jelas mendatangkan risiko keselamatan kepada pelajar sekolah berkenaan.

“Saya melihat pintu gerbang kedua-dua sekolah itu betul-betul terletak dibahu jalanraya utama dimana terdapat kenderaan yang banyak melalui jalanraya tersebut dan boleh mengundang risiko keselamatan kepada pelajar”. Tegasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kawasan yang dicadangkan pembinaan jejantas atau penghadang kelajuan.

Justeru, beliau mencadangkan agar pihak berkenaan membina sebuah jejantas atau penghadang kelajuan bagi mengelak sebarang kejadian tidak di ingini berlaku keatas pelajar termasuk ibubapa dan pejalan kaki lain dikawasan itu.

Kong turut menyarankan agar para pemandu sentiasa berhemah ketika melalui jalanraya dihadapan kedua-dua sekolah tersebut dan tidak memandu laju demi keselamatan semua pihak.

“Simbol untuk memperlahankan kenderaan telahpun dipaparkan sebelum melalui kawasan sekolah, jadi perlulah dipatuhi bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan atau terlanggar pejalan kaki”. Jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar kawalan pihak Polis Trafik khususnya ketika waktu pelajar balik daripada sekolah wajar dibuat bagi mengelak sebarang insiden kemalangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN