JOHAN…. Bashir (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Win Juhin sambil diperhatikan Rithuan (kanan sekali) dan Hafizul (kiri sekali)
LABUAN: Pemancing berWin Juhin johan memancnig pesisir pantai sempena Hari Kebangsaanasal dari Menumbok Sabah, Win Juhin muncul johan Pertandingan Memancing Pesisir Pantai sempena Sambutan hari kebangsaan ke 65 anjuran Pro Tech Fishing Shop dengan kerjasama Perbadanan Labuan yang diadakan di pantai Tanjung Batu, pada Ahad.
Pada pertandingan itu, Win berjaya menaikkan ikan bebatik seberat 2.845 kilogram sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
Sementara di tempat kedua dimenangi oleh Junaidi Joseph Wisli dengan tangkapan ikan berusak seberat 1.25kg untuk menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Mazrul dengan tangkapan ikan pahat-pahat seberat 565gram untuk menerima hadiah wang tunai RM600.00.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.
Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail dan Pengurus Pro Tech Fishing Shop, Hafizul Mazlan.
Seramai 200 peserta yang melibatkan penyertaan daripada Sabah, Brunei, Sarawak serta Labuan telah menyertai pertandingan tersebut.
Penganjur turut menyediakan hadiah sagu hati dari tempat ke lima sehingga ke tempat 20, selain para peserta berpeluang memenangi hadiah cabutan nama bertuah.
TAMAT
Gambar:
1.JOHAN…. Bashir (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Win Juhin sambil diperhatikan Rithuan (kanan sekali) dan Hafizul (kiri sekali)
2.BASIKAL…. salah seorang peserta yang memenangi hadiah utama cabutan nama bertuah menerima basikal yang disampaikan oleh Rithuan (dua kanan)