25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wilayah Persekutuan bakal sambut  ulang tahun ke 50 penubuhannnya.

MESRA… Ahli Persatuan Penggiat Media Labuan bersama Rosidah dalam pertemuan singkat di Bangunan Seri Wilayah, Putrajaya.

LABUAN: Wilayah Persekutuan merangkumi tiga wilayah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bakal menyambut ulang tahun ke 50 tahun hadapan dengan pelbagai program menarik dan inklusif.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Rosida Jaafar berkata,  sambutan yang akan bermula  pada 1 oktober ini  dengan pelbagai program dan acara kemuncaknya ialah pada  1 Febuari 2024 iaitu genapnya 50 tahun penubuhan  Wilayah Persekutuan.

“JWP telah merancang beberapa program menarik dan inklusif bagi menandakan acara bersejarah yang kita akan laksanakan bermula 1 Otober depan.

“Sambutan ini dijangka menjadi sambutanb besar-besaran yang akan merapatkan masyarakat dan memaparkan keunikan identiti setiap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya” katanya.

Beliau berkata demikian ketika beramah mesra bersama rombongan Persatuan Penggiat Media Labuan di  Seri Wilayah, Putrajaya di sini, pada Jumaat.

Justeru itu, Rosida menyeru semua agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berganding bahu  untuk menjayakan sambutan tersebut yang dijadikan sejarah dan dikenang oleh generasi masa hadapan.

Beliau berkata, antara program  yang dirancang untuk memeriahkan sambutan itu ialah  Paspot 50WP, Sahabat 50WP, Wacana Ilmu Malaysia MADANI 50WP, Suara@50 WP dan Teaterial Gemuruh 50WP dan Wilayah Persekutuan Berselawat.

Katanya lagi, program itu juga turut menggalakkan penyertaan daripada semua pihak  agensi kerajaan, agensi swasta dan masyarakat berbilang kaum sebagai satu himpunan rakyat  sekaligus mencerminkan kepada perpaduan, kepelbagaian kaum.

Kuala Lumpur diisytiharkan  sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun1974, manakala Labuan pada tahun 1984 dan Putrajaya pada 2001.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN