25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

WEBINAR ANJURAN PERSATUAN ALUMNI MYJICA (SABAH) DAN BAKTISISWA (6) UMS BUKA RUANG PENDEDAHAN PENENTUAN ARAH TUJU DIRI SISWA

PENCERAMAH JEMPUTAN..Stanley Anak Suab (gambar atas)

Penulis : DR.JURRY FOO
▪︎Exco Perwakilan (Sabah) Persatuan Alumni MyJiCA Malaysia.
▪︎Timbalan Pengarah (Akademik), Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar,
Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.
https://www.facebook.com/pkppumskk


PENENTUAN ARAH TUJU DIRI dalam kalangan siswa memerlukan bimbingan dan panduan yang relevan dengan cita-cita, harapan dan keperluan semasa. Prihatin tentang perkara tersebut Persatuan Alumni MyJiCA (Sabah) dan Kursus BAKTISISWA (6) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bekerjasama menganjurkan Webinar Siri 1 yang bertajuk ‘THE JOURNEY IN DETERMINING PERSONAL GOALS’dengan menjemput Encik Stanley Anak Suab yang sedang mengikuti Program Pengajian Doktor Falsafah di Hokkaido University, Jepun melalui tajaan The Japan International Cooperation Agency (JICA). Penceramah jemputan adalah ahli Persatuan Alumni MyJiCA (Sabah) selain merupakan alumni program Geogafi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UMS yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Sains Sosial.

             Program Webinar siri 1 yang dianjurkan pada awal bulan Januari 2021 adalah permulaan kepada sumbangan persatuan kepada komuniti di samping menjalin hubungan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi. Ini sejajar dengan harapan persatuan ini untuk memanfaatkan komuniti melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Kerjasama penganjuran ini membuka peluang kepada siswa siswi UMS mengendalikan penganjuran webinar dan memainkan peranan dalam memberi manfaat kepada komuniti.

             Melalui program tersebut peserta webinar diberikan pelbagai input mengenai strategi dan kaedah untuk menetapkan halatuju masa depan diri, bermula daripada kehidupan di alam universiti sehingga menentukan perjalanan menghadapi masa hadapan yang dicitakan. Mereka juga diberikan peluang berinteraksi dengan penceramah untuk mendapatlan tips dan pandangan mengenai selok-belok merancang masa depan diri.

             Antara perkara utama yang ditekankan oleh penceramah jemputan adalah:

1.   Perancangan masa hadapan dengan bertanyakan ‘apa yang diri kita mahukan dalam hidup?’.
2.   Merancang strategi untuk mencapai matlamat diri.
3.   Nekad dalam keputusan yang dilakukan.
4.   Mendapatkan sokongan orang sekeliling khususnya keluarga.
5.   Cari sebanyak mungkin maklumat dan kaedah untuk memcapai matlamat diri.

Pertanyaan popular yang ditujukan kepada penceramah daripada kalangan siswa ialah ‘bagaimana untuk mengekalkan nekad dan menghadapi tentangan pelbagai pihak?’. Ini menunjukkan bahawa generasi muda sangat memerlukan bimbingan  dan sokongan. Oleh itu banyak program sokongan  perlu dilaksanakan secara berterusan untuk memimpin generasi muda  dalam membentuk jati diri demi mencapai matlamat diri dan bangsa. Atas dasar tersebut Persatuan Alumni MyJiCA (Sabah) dan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS berhasrat untuk merancang lebih banyak aktiviti yang boleh memperkasakan bangsa.


Ahli Persatuan Alumni MyJiCA (Sabah) adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli akademik, pegawai sains, bomba, pakar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, aktivis selain terlibat dalam sektor pelancongan dan budaya yang telah mengikuti kursus di Jepun dalam pelbagai bidang. Kepelbagaian ini pasti akan merancakkan lagi usaha pembangunan bangsa. Oleh itu siri webinar seterusnya akan melibatkan isu keselamatan dan kesihatan, pelanconan, pengurusan sumber , alam sekira dan budaya. Manakala PKPP UMS merupakan pusat pengajaran dan pembelajaran yang dipertanggungjawabkan untuk membina kemahiran kepemimpinan dan interpersonal pelajar di awal kemasukan ke universiti melalui kursus kokurikulum berkresit yang merupakan kursus teras universiti. Diharapkan lebih banyak lagi pihak akan melibatkan diri dalam usaha seumpama ini demi kebaikan Bersama.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN