WARISAN NAFI AKAN KERJASAMA DENGAN PERIKATAN NASIONAL

WARISAN NAFI AKAN KERJASAMA DENGAN PERIKATAN NASIONAL

13/07/2021 Off By Admin

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan sekeras-kerasnya laporan sebuah portal Sarawak yang menyatakan parti itu akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan ringkas menyatakan laporan tersebut mengelirukan.

“Warisan tidak akan bekerjasama dengan PN seperti yang dilaporkan dalam portal Sarawak Report,” katanya.

Laporan itu menyatakan terdapat khabar angin bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya bersetuju untuk menyokong kerajaan pintu belakang, PN.

Dalam laporan itu juga menyatakan Tun Mahathir dikhabarkan akan dilantik mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta rakan kerjasamanya termasuk Warisan akan menyokong PN. -BorneoToday