Airine Abidin.- Gambar
Oleh: Jainuddin Nasir
RANAU: Warga daerah di sini, diajak supaya meneruskan amalan ‘Norma Baharu’ dalam kehidupan sekaligus mengekalkan status daerah Ranau di Zon Hijau tanpa sebarang kes jangkitan Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.
Seorang beliawanis dari Telupid, Airine Abidin yang kini menetap di Ranau mengajak orang ramai khususnya golongan belia supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan sebagai usaha memutuskan rantaian Covid-19.
“Pematuhan SOP dan pembudayaan Norma Baharu adalah wajar diamalkan sebaik mungkin untuk mengekang penularan Covid-19”, jelas Airine sambil menyatakan sokongannya terhadap seruan Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, YB.Jonathan Yasin yang mengajak lapisan masyarakat di Parlimen berkenaan meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu, Dun Kundasang, Dun Karanaan dan Dun Paginatan agar mematuhi SOP untuk mengelakan jangkitan Covid-19 yang kini membimbangkan masyarakat dunia.
Menurut Airine lagi, tindakan dan keputusan kerajaan melaksnakan ‘Total Lockdown’ (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh, bermula esok (1Jun) hingga 14 Jun adalah amat wajar bagi mengawal pergerakan orang ramai agar penularan pandemik Covid-19 dapat diputuskan dan dikawal daripada menjangkiti rakyat negara ini.
“Justeru seluruh lapisan masyarakat perlu akur dengan pelaksanaan perintah PKP Penuh tersebut demi kebaikan semua pihak tanpa dibatasi perbedaan suku kaum, agama, budaya dan idologi politik”tambah Airine.
           Â