32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Warga Labuan diseru hayati Buku Pembudayaan Norma Baharu

SUPIAN…. ketika berucap pada majlis tersebut.

LABUAN:  Warga Labuan diseru untuk menghayati isi kandungan buku Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti yang diterbitkan Jabatan Penerangan Malaysia.

Pengarah Jabatan  Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan Labuan Supian Musa berkata, masyarakat Labuan khususnya perlu menghayati  isi kandungan buku tersebut bagi memenangi peperangan melawan COVID-19.

“Kita perlu menghayati isi yang terkandung dalam buku Pembudayaan Norma Baharu bagi mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Salah satunya adalah konsep Cegah dan Didik, Amal, Patuh dan Pantau (CAPP) bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya ketika ditemui dalam Program Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Peringkat Subzon 1 anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Labuan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Labuan, di sini baru baru ini.

SIMBOLIK….. Supian menyampaikan poster dan Buku Pembudayaan Baharu COVID 19 kepada salah seorang  pemimpim masyarakat di MPP SubZon 1 sambil diperhatikan oleh Mohd Dzulfaizal (dua dari kanan) dan Haji Abdul Rahim (kanan sekali)

Hadir sama, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab Manan dan Pengerusi MPP Sub Zon 1, Haji Abdul Rahim Mohd Salleh.

Jelas  Supian, Jabatan Penerangan akan terus membantu MPPWP dalam menyebarluaskan kefahaman mengenai amalan norma baharu dalam kalangan komuniti di Labuan.

“Kita akan mengedarkan buku Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti dan bahan-bahan penerbitan berkaitan melalui MPP agar masyarakat lebih memahami konsep dan matlamat kempen itu dilaksanakan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi MPPWP Zon Labuan Dzulfaizal Ab Manan, turut menyatakan komitmen untuk terus berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan Budaya Norma Baharu.

“Kita akan teruskan kerjasama dengan Jabatan Penerangan dalam usaha memberi kefahaman mengenai Pembudayaan Norma Baharu kepada masyarakat dan kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan untuk menyebarluaskan video-video kepada komuniti mengenai kepentingan amalan norma baharu,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN