IR HJ ALI AHMAD HAMID Pengarah JKR
KOTA KINABALU: Selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu setiap pejawat awam menjadi agen transformasi paling hadapan di antara rakyat dan kerajaan ,warga Jabatan Kerja Raya diingkatkan supaya memastikan perkhidmatan yang disediakan mememenuhi ekspektasi pelanggan serta dirasai oleh seluruh lapisan rakyat di negeri ini.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah yang baharu Ir.Haji Ali Ahmad Hamid (gambar) berkata setiap warga perlu mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan dengan bijak.
” Dalam RMK 12 kita akan menghadapi banyak cabaran yang memerlukan komitmen dan tindakan semua pihak, apalagi kita sekarang di fasa terakhir RMK 11 masih banyak projek projek pembangunan masih gagal dimulakan yang perlu dilaksanakan selewat-lewatnya pada awal tahun depan” katanya ketika ditemuramah oleh stesen tv jabatan berkenaan Selasa.
WAWANCARA..Ir Haji Ali Ahmad oleh wartawan Tv JKR
Ir Ali Ahmad Hamid yang baru dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah yang baharu bagi mengantikan Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil.Sebelum ini, Ali Ahmad merupakan Timbalan Pengarah JKR bagi sektor bangunan.
Ali Ahmad yang berasal dari Menumbok telah berkhidmat dengan JKR sejak 35 tahun lepas pernah bertugas di ibu pejabat JKR, JKR Kota Belud, Tawau dan Ranau.
Menurut Ir Ali Ahmad dalam RM 12 dijangkakan bilangan projek pembangunan bertambah memandangkan landskap politik ketika ini dimana Sabah dan Sarawak menjadi keutamaan.
Sehubungan dengan itu katanya warga JKR tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan dalam hubungan ini katanya, jabatan perlu meletakan satu hala tuju yang jelas dengan melihat aspek-aspek urus takbir perlu diperkasakan.
” Banyak proses-proses kerja yang terpaksa dikaji semula dan diperbaiki untuk meningkatkan sistem penyampaianya , kita tidak mahu perlaksanaanya tertangguh yang membawa kerugian kepada rakyat” jelas beiau.
Dalam hubungan ini katanya sistem penyampaian perlu diutamakan seiring dengan kemajuan dunia digital dimana sistem PALM akan digunakan untuk memantau perlaksanaan projek projek pembangunan .
Diajukan soalan mengenai strategi beliau sebagai Pengarah baharu Mohd Ali berkata beliau juga mempunyai strategi sendiri dalam membawa jabatan menyediakan pekhidamatan yang terbaik dan berkesan untuk rakyat.
Katanya, strategi lama yang masih relevan akan diteruskan dan jika strategi tersebut tidak berkesan semasa perlaksanaan projek pembangunan dalam RMK11 hingga menyebabkan kegagalan sistem penyampaianya ianya akan diganti dengan strategi baru yang lebih berkesan dalam perlaksanaan projek projek pembangunan dibawah RMK12.
Ali Ahmad turut menyampaikan penghargaan dan terima kasihnya kepada kerajaan Negeri dan juga Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung atas kepercayaan melantik beliau sebagai pengarah baharu JKR.
” Pelantikan ini merupakan satu amanah serta tanggungjawab besar yang perlu dipikul dan sudah tentu saya mengharapkan sokongan dari semua pihak warga JKR berkerja dalam satu pasukan bagi mempastikan segala projek dapat dilaksanakan sebaiknya demi kepentingan rakyat” jelas beliau.