PRIHATIN…….Daini (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil penerima.
RANAU: Seramai 5 orang Warga Emas termasuk 3 yang terlantar di Kg. Kigiok di sini, menerima sumbangan prihatin daripada Persatuan Usahawan Wanita Ranau (PUWR), mewakili Pusat Khidmat Pejabat Parlimen P.179 Ranau (PKPPPR).
Pegawai Perhubungan (1), Pejabat Parlimen Ranau, yang juga Pengerusi PUWR, Daini Binti Radani memberitahu sumbangan berupa Barang Makanan (BARMA) itu adalah bukti keprihatinan dan usaha menyantuni serta simpati kepada mereka yang terlibat.
“Kita ikhlas untuk menghulurkan sumbangan itu kepada warga emas khususnya golongan B40”, jelas Daini ketika dihubungi.
Ramai anggota keluarga para penerima sumbangan itu merakamkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan PUWR menyampaikan bantuan tersebut.
Hadir sama mengiringi rombongan PUWR ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Kigiok, Jasnie Bin Litah.