Gongki menerima sumbangan disampaikan Dominik diperhatikan James (Kiri).
RANAU: Tiga orang warga emas terdiri dari seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), seorang Pesakit Telantar dan seorang lagi warga emas berusia 70-an telah menerima sumbangan berupa bakul barang makanan sumbangan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tegodon Lama, yang juga Pegawai Pemantau Projek Parlimen Ranau, Dominik Bin Kasuman yang datang sendiri ke Kg.Himbaan mewakili Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, untuk menyampaikan sumbangan turut disaksikan Pengerusi JPKK Kg.Himbaan ,James
Sopikit baru-baru ini.
OKU yang menerima sumbangan ialah ,Gongki @Md.Asmil Bin Golumbot 73, terpaksa bertongkat selepas kaki kanannya dipotong atas sebab tertentu sejak beberapa tahun yang lalu.
James ketika ditemui, mewakili tiga penerima sumbangan berterima kasih kepada Datuk Jonathan kerana prihatin menghulurkan bantyan kepada tiga orang penerima.
“Sumbangan itu sedikit-sebanyak telah meringankan beban yang ditanggung ketiga-tiga Warga Emas terlibat”, tambah James.
            Â