25.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga emas mengedar dadah dipenjara 10 tahun

Gambar hiasan

LABUAN: :Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap seorang lelaki warga emas selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine tahun lalu.

Tertuduh Usang Manjilani, 60, yang juga penganggur membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibaca dihadapan Hakim Alexander Siew How.

Usang dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas pindaan yang sebelum ini didakwa di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.


Mengikut kertas pertuduhan, Usang didakwa mengedar dadah dari rumahnya yang tidak bernombor di Kampung Saguking pada 21 November 2023.

Serbuan pihak polis menemukan dadah jenis methamphetamine yang dibungkus dengan plastik berwarna biru yang disimpan dalam almari.
Turut ditemui ketika serbuan itu ialah alat timbamg yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pengedaran dadah.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan tiga lagi individu termasuk seorang wanita, bagaimanapun ketiga tiga individu berkenaan dibebaskan selepas tertuduh mengaku bertanggung jawab.

Pendakwaan dijalankan oleh Yang Arif Afiq Agoes, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN