26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

WARGA EMAS BERUSIA 93 TAHUN ANTARA PENERIMA VAKSIN DI RANAU

LENGKAP… Kimbuloi, 93 (duduk ) ketika menerima suntikan vaksin dos kedua Covid-19 yang ditemani anaknya.

0leh:Jainuddin Nasir

RANAU: Meskipun sudah bergelar warga emas namun semangat untuk melindungi diri sendiri,  kekuarga dan komuniti tetap ditunaikan oleh Kimbuloi Binti Ganur 93, dari Kg.Rapak untuk menunaikan tanggungjawabnya untuk mengikuti program Imunisasi Vaksin Covid-19,  3.0 kebangsaan melengkapkan suntikan dos kedua  di Dewan Masyarakat Ranau pagi tadi.

Beliau adalah antara 532 orang yang menerima suntikan dos kedua Vaksin Sinovac
sementara yang lainnya adalah suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau, selaku penyelaras Imunisasi tersebut, Dr.Edwaider Koimin ketika ditemui mengharapkan kepada penduduk Ranau dan kawasan Kundasang supaya mencontohi  komitmen Kindahoi untuk tampil mendaftar mengikuti program Imunisasi Vaksin tersebut  tanpa mengira latarbelakang agama, suku kaum dan fahaman politik bagi melandaikan jangkitan Covid-19.

“Kita mengharapkan kepada semua penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas supaya mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19”, jelas Dr.Edwaider sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pelabagai andaian dan tanggapan buruk terhadap kesan vaksin  seperti yang tular di media sosial yang belum pasti kesahihannya.

Beliau mengharapkan kepada semua supaya sentiasa nengikuti arahan yang dikeluarkan  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  dari masa ke semasa untuk mendapatkan gambaran dan arahan yang jelas dan sahih.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN