30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita Umno Tenom agih kupon pengisian minyak percuma

Rahmahjan mengisi minyak teksi sebagai simbolik pelancaran program itu.

TENOM: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom telah mengagih-agihkan lebih 230 kupon pengisian minyak percuma kepada pemandu teksi, bas dan penunggang motosikal termasuk food panda dan grab.

130 kupon telah diagih-agihkan kepada pemandu teksi dan bas manakala 100 kupon lagi kupon diagih-agihkan kepada penunggang motosikal.

Menurut Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan, pengisian minyak percuma dibawah program dari ‘Rakyat kepada Rakyat’ yang dirancang oleh Pergerakan Wanita Umno Bahagian ini bertujuan membantu para pemandu teksi dan bas serta penunggang motosikal yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan harian termasuk harga beras yang tiba-tiba mendedak naik.

Katanya, selain program ini Pergerakan Wanita di sini juga akan menganjur beberapa program yang telah dirancang untuk rakyat yang lebih menjurus kepada aktiviti kemasyarakat terutama bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Bercakap kepada pemberita selepas program itu Rahmahjan berharap Kerajaan Persekutuan akan memuktamadkan pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah pada tahun depan.

Beliau berkata, memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah adalah langkah ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, Pergerakan Wanita Bahagian ini menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan dibawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju dengan perkara ini.

Rahmahjan berkata, sebelum ini Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pernah menyuarakan keperluan untuk merealisasikan MA63 kepada Anwar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Justeru itu kita berharap supaya pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Negeri Sabah dimuktamadkan segera kerana ia selaras dengan aspirasi negeri ini” katanya.

Beliau juga berharap perkara-perkara lain yang termaktub dalam MA63 dapat ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah.

Ini katanya, bagi membolehkan Sabah mengurus sendiri pembangunan negeri dengan lebih berkesan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN