Pergerakan Wanita UMNO bahagian Beaufort menzahirkan sokongan padu kepada Ketua Umno Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Pengarah Pilihanraya Negeri (PRN )
Ketuanya Hajah Siti Aminah Aching berkata pemilihan Bung adalah wajar memandangkan komitmen beliau untuk memulihkan semangat serta kedudukan UMNO di negeri ini yang sebelum ini hampir melalui jalan malap ekoran tindakan beberapa pemimpin UMNO yang meninggalkan parti dan menyertai parti lain.
Katanya dengan kesungguhan serta sokongan dari rakan rakan kepimpinan UMNO Sabah yang masih setia dalam perjuangan imej UMNO Sabah berjaya dipulihkan dan ini terbukti selepas kejayaan cemerlang Barisan Nasiolan /UMNO memenangi PRK Parlimen Kimanis,
“Walaupun UMNO Sabah diberikan kuasa Autonomi namun keputusan Presiden serta ahli majlis tertinggi UMNO harus kita hormati dan patuhi bagi mempastikan perjuangan BN/UMNO memenangi PRN kali ini” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan bersama yang lain memprotes pelantikan tersebut baru baru ini.
Menurut Aminah tindakan kumpulan tersebut tidak wajar dilakukan ketika UMNO berusaha memperkukuhkan kedudukannya untuk memenangi PRN kali ini.
” Tindakan ini bukan sahaja menjejaskan perpaduan dalam parti tapi boleh dimanipulasikan oleh parti lawan” tambah Aminah.
Katanya walaupun Bung ketika ini menghadapi pertuduhan kes mahkamah namun belum tentu Bung di dapati bersalah malah andaian ini seolah-olah menyindir Presiden parti yang juga berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah ketika ini.
Dalam perkembangan lain Aminah sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti agar meletakkan calon dari UMNO bagi dua kerusi DUN Klias dan Kuala Penyu dalam PRN kali ini.
Katanya adalah wajar bagi UMNO menuntut kedua-dua kerusi ini kerana UMNO merupakan penyumbang utama kejayaan BN semasa PRU lepas.
” Lagi pun jentera BN/UMNO telah melakukan persediaan dan gerak kerja sejak awal lagi berbanding yang lain yang memudahkan proses kempen semasa PRN nanti ” katanya.