25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita tempatan gugurkan kandungan bayi sehingga meninggal dunia disiasat

SUPT. Muhamad Farid Ahmad


LABUAN Seorang wanita tempatan yang dipercayai mengambil sejenis ubat untuk mengugurkan kandungan sehingga bayi kandungan yang dianggarkan berusia 7 bulan meninggal dunia disiasat polis.


Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, pihak polis telah menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Labuan pada 15 Julai jam 3.36 petang berkaitan seorang pesakit wanita untuk mendapatkan rawatan bersalin.


Menurut Pegawai Perubatan itu, wanita berkenaan telah mendapatkan rawatan kira-kira jam 7.45 pagi pada 15 Julai dan telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 1.04 kilogram, namun bayi tersebut telah meninggal dunia.


“Suspek dipercayai telah mengambil sejenis ubat untuk tujuan menggugurkan kandungan pada bulan Mei dan kali terakhir suspek mengambil ubat yang sama pada 14 Julai 2020 sehari sebelum suspek mendapatkan rawatan” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.


Jelas Muhamad Farid lagi, wanita lepasan sekolah menengah itu masih lagi menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut di hospital.


Kes disiasat di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.-http://BorneoDailyBulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN