25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita tempatan didenda RM6,000 buang janin disaluran tandas

Gambar: Peguam PJ Pereira yang mewakili kedua-dua tertuduh ketika bercakap kepada media di luar mahkamah.


LABUAN: Seorang wanita tempatan di denda sebanyak RM6,000 atau sembilan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah membuang janin ke dalam lubang tandas di sebuah rumah sewa di Taman Mahkota Impian pada 4 November tahun yang lalu.


Majistret Kasyurrahman Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu kepada kerani sebuah syarikat penghantaran (Fowarding Company) Maria Resi Pora, 27, pada Selasa.


Wanita yang bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat penghantaran (Fowarding) dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dikenakan denda.


Sementara itu, teman lelakinya seorang penjawat awam Muhammad Izzuddin Awang Limun, 26, yang dituduh bersama atas kesalahan itu, mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk pengurusan semula kes.


Muhamaad Izzuddin dibebaskan dengan jaminan RM1,500 dengan dua penjamin. Kedua-dua tertuduh di wakili oleh Peguam PJ Pereira.


Gambar: Peguam PJ Pereira yang mewakili kedua-dua tertuduh ketika bercakap kepada media di luar mahkamah. http://Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN