ADVERTISEMENTspot_img

Video tular pemandu secara bahaya diambil tindakan

Supt. Wan Mohd Firdaus

LABUAN: Polis di sini mengambil tindakan terhadap seorang pemandu dan pemilik sebuah Toyota Vios selepas kenderaan tersebut dikesan dipandu secara berbahaya di Jalan Nagalang, simpang Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS), pada Ahad.

Kejadian yang berlaku pada 14 Ogos itu telah dirakam menggunakan kamera papan pemuka (dashcam) dan dimuat naik ke media sosial oleh seorang pengguna jalan raya ketika melalui jalan yang sama.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Supetitendan Wan Mohd Firdaus Wan Zaki berkata, rakaman berkenaan menunjukkan kenderaan tersebut melakukan perbuatan memotong secara berbahaya sehingga hampir melanggar sebuah motosikal.

“Hasil siasatan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Labuan mendapati kenderaan tersebut dipandu oleh seorang warga emas berusia 65 tahun menggunakan kereta anaknya.

“Lejlaki itu juga didapati tidak mempunyai lesen memandu” , katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Berikutan kejadian itu lelaki berkenaan telah dikenakan dua saman atas kesalahan memandu di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan memotong secara berbahaya di bawah LN 166/1959.

Wan Firdaus berkata, pemilik kenderaan itu juga turut dikenakan saman kerana membenarkan seseorang
memandu tanpa lesen di bawah Seksyen 26(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus diambil terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melakukan pemanduan berbahaya sehingga boleh
mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Katanya, orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan lalu lintas kepada pihak polis.

“Rakaman dashcam (Kemera papan pemuka) yang jelas serta mempunyai maklumat masa dan lokasi boleh membantu pihak polis mengesan dan mengambil
tindakan”, katanya.

Beliau juga menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas,
mengamalkan pemanduan berhemah dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN