Isham (tengah) bersama Noor Hisham dan Nor’ Amirah pada simbolik perasmian Labuan Bird Fest 2026.
LABUAN:Taman Burung Labuan (TBL) mengambil pendekatan baharu dengan membawa telur telur unggas termasuk telur burung unta untuk ditetaskan di taman itu bagi megurangkan kos penghantaran yang terlalu tinggi.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata pendekatan itu sebenarnya bukan sahaja untuk mengurangkan kos proses penghantaran tetapi ia juga sebagai platform penyelidikan dan perkongsian ilmu selain menyumbang kepada usaha mempelbagaikan produk pelancongan TBL.
“Kita harap pendekatan ini akan menjadi tarikan baharu kepada pengunjung dimana mereka juga akan boleh melihat proses penetasan berlaku, manakala burung yang berjaya ditetaskan menjadi ahli baharu dan ini sekaligus meningkatkan jumlah unggas di TBL “, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Labuan Bird iaituFest 2026 TBL pada Ahad.
Isham berkata, TBL Labuan yang diwujudkan sejak tahun 1997 yang mempunyai keluasan lebih 7,000 hektar dan menempatkan lebih 400 burung pelbagai spesis mempunyai nilai sejarah tersendiri sebagai landskap pemuliharaan, pendidikan dan ekopelancongan berasaskan burung dan biodiversiti.
Katanya pad tahun lalu kerajaan memperuntukkan RM1.89 juta penambahbaikan pagar serta projek penyelenggaraan dan naik taraf sangkar dan bangunan bernilai RM473,000.
“Usaha penambahbaikan ini membuahkan hasil apabila TBL pada tahun lalu telah merekodkan 45,626 pengunjung termasuk 1,705 pengunjung warga asing dan ini sekaligus membuktikan TBL berpotensi besar sebagai satu-satunya taman burung di Borneo.
Sementara itu, Labuan Bird Fest 2026, yang berlangsung selama dua hari melepasi sasaran kehadiran dengan merekodkan lebih 4,000 pengunjung.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veteriner Malaysia, Datuk Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Haron dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner Labuan, Dr. Wan Nor’ Amirah diana Hishamnuri.



