26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Utus warkah kepada Agong, Ah Choi bidas Anwar Ibrahim

KONG….Apalah salah jika pemimpin politik tidak kira apa juga parti saling berganding bahu mencetuskan idea-idea bernas mengenai kaedah menangani penularan penyakit covid-19 yang melanda negara kita dan seluruh dunia ketika ini. Cerita-cerita politik rakyat tidak berminat dengar sebenarnya, apa lagi desakan untuk mengadakan pilihanraya lebih awal, itu antara yang dibantah sekeras-kerasnya.

RANAU, 15 Januari 2021: Timbalan Wiramuda Parti Star Sabah, Kong Soon Choi membidas saranan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen untuk mengajak mereka mengutuskan warkah kepada Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam usaha merayu membatalkan perlaksanaan darurat dan Parlimen boleh segera bersidang sebelum 31 Januari ini.

Kong menjelaskan, tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggambarkan beliau seolah tidak peka dengan situasi semasa yang berlaku ketika ini dan objektif sebenar mengenai pengisthiaran darurat yang diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

“Sebagai seorang pemimpin politik, saya amat menyokong pengisthiaran darurat yang diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kita. Objektifnya amat jelas iaitu demi untuk menyelamatkan suasana negara dan rakyat yang ketika ini berhadapan dengan ancaman virus pandemik covid-19. Kenapa sesetengah pemimpin politik yang lantang membantah mengenai keputusan itu tidak boleh mengenepikan terlebih dahulu perbezaan ideologi politik dan berkerjasama membendung penularan penyakit berbahaya ini’’, tegasnya ketika ditemui pemberita pada Jumaat.

Jelasnya lagi, dalam tempoh rakyat sedang bergelut dengan kerisauan mengenai peningkatan angka jangkitan covid-19 saban hari, beliau mengharapkan isu politik khasnya yang berkisar mengenai kerakusan untuk mendapatkan kuasa diketepikan terlebih dahulu. Perkara ini katanya tidak releven dan rakyat juga kurang berminat mengikuti sagmen politik seumpama itu.

‘’Apalah salah jika pemimpin politik tidak kira apa juga parti saling berganding bahu mencetuskan idea-idea bernas mengenai kaedah menangani penularan penyakit covid-19 yang melanda negara kita dan seluruh dunia ketika ini. Cerita-cerita politik rakyat tidak berminat dengar sebenarnya, apa lagi desakan untuk mengadakan pilihanraya lebih awal, itu antara yang dibantah sekeras-kerasnya’’, katanya.

Selasa lepas, Al-Sultan Abdullah memperkenankan tempoh perlaksanaan darurat sehingga 1 Ogos depan atau suatu tarikh yang lebih awal sekiranya angka harian kes baharu positif covid- 19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu pada Isnin.

Rentetan itu, media pada Khamis melaporkan Ketua pembangkang Datuk Seri Anuar Ibrahim sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen mengajak mereka mengutuskan warkah kepada Yang Di Pertuan Agong , Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam usaha merayu membatalkan perlaksanaan darurat di negara ini dan Parlimen boleh segera bersidang sebelum 31 Januari. Presiden PKR itu bagaimanapun berkata, surat berkenaan perlu disesuaikan berdasarkan pertimbangan semua ahli parlimen dan parti masing-masing.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN