Pelaksana Program Advokasi Kepengunaan bersama ahli RT Tanjung Aru
LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan telah menganjurkan Program Advokasi Kepenggunaan bersama Komuniti yang diadakan di Balai Raya Kampung Tanjung Aru, pada Sabtu.
Program yang dilaksanakan oleh Seksyen Pendayaupayaan Pengguna KPDN dengan kerjasama Rukun Tetangga (RT) Kampung Tanjung Aru itu berjaya menitipkan ilmu kepenggunaan sekaligus memperkasakan masyarakat setempat yang bijak dan bertanggung jawab dalam aspek kepengunaan.
Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata program tersebut merupakan salah satu usaha kementerian untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak kepenggunaan.
“Advokasi Kepenggunaan Bersama Komuniti merupakan salah satu usaha kementerian dalam meningkatkan dan memperkasakan kesedaran masyarakat yang lebih bijak dalam membuat keputusan mengenai kepentingan pengguna yang selamat, beretika dan bertanggungjawab”, katanya ketika ditemui pada program tersebut.
Hadir sama pada program itu, Ketua Kampung Tanjung Aru, Jamil Haji Kario dan Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Tanjung Aru, Kifli Ag Anak.

Junaidah (dua dari kanan) dan Ketua Seksyen Penpadayaupayaan Pengguna KPDN Labuan, Rogayah Matusin (kanan sekali) bersama komuniti Tanjung Aru.
Terdahulu sebelum itu Junaidah turut melakukan pemantauan Program Jualan Rahmah dan Kaunter Bergerak Pendaftaran SKDS 2.0 di Savemore Supermarket Bukit Kalam.
Program Advokasi Kepengunaan Bersama Komuiti telah mendapat sambutan bukan sahaja dari ahli komuniti Rukun Tetangga kampung itu, tetapi juga penduduk disekitarnya.
Pelbagai acara dan aktiviti yang melibatkan kepenggunaan telah dijalankan antaranya termasuk lah pertandingan mewarna untuk kanak kanak, pertandingan menumpahkan Ambuyat yang menjadi salah satu aktiviti yang digemari oleh komuniti setempat serta program sembang santai bersama komuniti.
Program Advokasi Kepengunaan Bersama Komuniti Tanjung Aru merupakan lokasi kedua dipilih oleh KPDN Labuan, lokasi pertama berlangsung di perkarangan Balai Raya Kampung Patau Patau Satu minggu lalu.



