27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Usung  keranda  sejauh hampir 1 kilometer ke tanah perkuburan.

Gambar Atas: KESIAN….Penduduk  mengusung keranda unuk pengkebumian warga emas berusia 91 tahun yang meninggal dunia dari Kg.Kantas berhampiran Kg.Nawanon Ranau.

RANAU: Berikutan tanah runtuh, jalan raya putus jambatan sungai musnah dan hakisan tanah selepas hujan beberapa hari lepas, penduduk sekitar Kg.Nawanon, Kg.Kantas, Kg.Pugi dan Kg.Kieyep terletak kira-kira 62 kilometer dari pekan di sini terpaksa mengusung keranda ke tanah perkuburan untuk upacara  pengkebumian wanita berusia 91 tahun  dari Kg.Kantas yang meninggal dunia kelmarin (4 Januari).

Pengerusi JPKK Kg.Nawanon,
Jemisi Sabal memberitahu berikutan keadaan tersebut  penduduk  terpaksa mengusung  keranda  sejauh hampir 1 kilometer  dari Kg.Kantas ke tanah perkuburan.

Beliau mewakili ratusan penduduk dari kampung-kampung yang kini terputus hubungan ke pekan Ranau memohon kepada pihak berwajib supaya bertindak mebaiki kerosakan jalan raya menghubungi kampung-kampung terlibat.

“Berikutan kerosakan teruk jalan ke Kg.Nawanon dan ke beberapa buah kampung sekitarnya menyukarkan penduduk berurusan ke pekan Ranau terutama menghantar pesakit ke huspital daerah atau ke klinik  terdekat,” jelas Jamisi, sambil memaklumkan selain berlaku tanah runtuh, jambatan beberapa batang sungai di kawasan  Nawanon memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan.
   
              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN