24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Usul dibentangkan Ahli Parlimen Keningau, satu khabar gembira: Robert

BINGKOR : Usul yang dibentangkan di Kamar Khas KKM di Parlimen oleh Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan adalah khabar gembira kepada seluruh penduduk DUN Bingkor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, usaha Ahli Parlimen Keningau itu merupakan salah satu tuntutan perlu dan amat mendesak supaya fasiliti Klinik Kesihatan Apin-Apin dan dan Klinik Kesihatan Pekan Bingkor bukan sahaja di baik pulih malah tenaga kerja juga perlu tambahan.

“Kita mengharapkan peningkatan dalam semua segi untuk fasiliti kesihatan di Bingkor supaya memberikan keselesaan kepada rakyat.

Populasi semakin meningkat setiap tahun dan adalah wajar setiap perkhidmatan dalam institusi kesihatan AWAM dipertingkatkan juga,” katanya kepada media di sini.

“Kita berterimakasih kepada Dr Jeffrey atas usaha yang berterusan bagi membangunkan Keningau.

Ini semua adalah untuk rakyat secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Baru-baru, Ahli Parlimen Keningau itu yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah membentangkan Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M 17) di Kamar Khas Kementerian Kesihatan Malaysia di Bangunan Parlimen.

Usul berkenaan adalah merujuk kepada keperluan menambah tenaga kerja bagi kedua-dua buah klinik kesihatan dalam kawasan DUN Bingkor di bawah RMK-13.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN