HAJI ABDUL WAHAB…ketika membentangkan dua usul.
KOTA KINABALU: Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) pada petang Sabtu lalu meluluskan sebulat suara dua usul.
Kedua- dua usul yang dibawa oleh Ketua Cawangan PMBS Benoni, Haji Abdul Wahab Haji Ampuan Hamzah itu disokong tanpa bahas oleh semua perwakilan.
Ketika membentangkan usul pertama Haji Abdul Wahab yang baru diistihyarkan menang jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat Pusat berkata Cawangan Kampung Benoni berpendapat cadangan pembinaan Pusat Warisan Kebudayaan PMBS atau PMBS Cultural Heritage Centre amat penting untuk terus memelihara budaya masyarakat Brunei di Sabah.
“Pusat ini diwujudkan untuk memelihara warisan,budaya,bahasa,makanan, kerajinan tangan,aktiviti seni dan lagu, barangan tradisi, kepercayaan, sejarah lisan, nilai,ekosistem,kepelbagaian etnik dan ras, bangunan bersejarah dan lainnya,” katanya .
Menurut beliau bangunan ini adalah untuk sejarah bangunan atau historical building demi kepentingan kesenian aketik, penempatan, makanan,pertanian dan perikanan, aktiviti pengembangan dan peluasan, untuk sukan, pusat latihan, penyelidikan dan pelbagai lagi kepentingan memelihara warisan masyarakat Brunei Sabah.
“Jika ini dapat dilakukan dan diangkat sebagai satu fokus PMBS dalam tempoh tiga tahun akan datang ianya juga akan dapat menyumbang kearah perpaduan masyarakat majmuk, meningkatkan ekonomi dan turut merancakkan aktiviti pelancongan di negara ini,” tegasnya.

IBU Pejabat PMBS di Kingfisher Likas yang dirasmikan pada 22 Mei 2004 oleh Presiden ketika itu, Datuk Pg Mohd Hussein Datuk Hj Pg Tahir Nasaruddin.
Menurut Haji Abdul Wahab penubuhan pusat ini dicadangkan agar tidak lagi berulang ulang kali dibawa ke meja mesyuarat AJP untuk dibincangkan tetapi dalam mesyuarat perwakilan ini perlu diangkat untuk diputuskan.
Beliau menyambut baik ucapan Presiden PMBS,Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan terdahulu di mana beliau akan mengangkat perkara ini dalam mesyuarat pertama AJP PMBS selepas pemilihan Sesi 2926-2028 untuk direalasasikan.
Dalam usul ini Haji Abdul Wahab juga mencadangkan pengwujudan satu Jawatankuasa Pemandu,Pelaksana tenaga pakar pengurusan, professional yang diberikan kuasa, yang dilindungi oleh akta dan perlembagaan serta peraturan khas seperti penubuhan Yayasan Dangsanak Sabah ( YDS).
Beliau berkata Jawatankuasa Pemandu ini bergerak dan menjalankan tugas dengan bebas dan meluas sesuai dengan aspirasi dan dasar PMBS.
“Kita yakin sekiranya ini dapat direalasasikan PMBS akan bergerak maju kehadapan dan sekurang-kurangnya akan menjadi payung dan rumah pemeliharaan warisan masyarakat Brunei Sabah.
Haji Abdul Wahab berkata sekiranya PMBS Pusat menghadapi kesulitan menyediakan tapak bangunan Pusat Warisan PMBS yang strategik, PMBS Cawangan Kampung Benoni bersedia membantu dan mendapatkan tapak Pusat Warisan PMBS ini dengan segera.

JASAMU DIKENANG…Datuk Hj Pg Hussein semasa menghadiri Majlis Mahabbah Syawal 2026 PMBS di Wisma Wanita baru-baru ini.
Beliau adalah penaja dan Presiden PMBS pertama manakala saya juga penaja dan dilantik Ketua Penerangan PMBS Pertama juga.
Beliau berharap usul yang dikemukakan ini menjadi kenyataan kerana ia bukan saja menjadi citra negara malah akan menjadi kebangaan identiti bangsa Brunei Sabah dipersada antarabangsa.
Ketika membentangkan usul kedua beliau meminta kepimpinan PMBS agar melibatkan golongan belia dan beliawanis bergiat aktif dan dikedepankan dengan mewujudkan sayap belia dan beliawanis di cawangan-cawangan.
Haji Abdul Wahab berkata meskipun usul ini sedikit sebanyak akan membabitkan penambahbaikan Akta Perlembagaan PMBS, tidak salah dilakukan sekiranya ia membawa kebaikkan kepada persatuan dan memberikan kesan gerakkerja PMBS.
“Sebagai golongan pelapis kita perlu mempersiapkan mereka untuk mewarisi kepimpinan sebahagian kita yang kini melangkah usia senja,” tegasnya.
Kedua-dua usul itu kemudiannya diluluskan dengan sebulat suara oleh perwakilan.
Mesyuarat Perwakilan juga meluluskan tiga orang Pemegang Amanah PMBS yang terdiri dari bekas Presiden PMBS, Datuk Haji Mohd Yussof Datuk Seri Panglima Mohd Kassim, bekas Timbalan Presiden PMBS, Datuk Hj Pg Sahak Pg Salleh dan Datuk Hj Ag Sharin Alimin.
Sementara itu Encik Hasbi Tangge seorang Akauntan Bertauliah dilantik menjadi juruodit dengan mendapat sokongan sebulat suara perwakilan.



