33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

USO bergerak maju dengan pembukaan ruang pejabat ketiga bagi memenuhi keperluan pelanggan

Hesham  (right) dan Imeda (second right) ketika meninjau ruang pejabat baharu yang sedang giat untuk disiapkan di Aras 13, Blok 4, Ujana Kewangan.

Universal Services Offices and Management Ltd (USO) terus bergerak maju kehadapan  dengan membuka sebuah lagi ruang pejabat yang baharu di Aras 13 (C), Blok 4,  Kompleks Ujana Kewangan  Wilayah Persekutuan Labuan.

Ruang pejabat yang berkeluasan 5,506 kaki persegi  dengan 108 stesen kerja  itu kini sedang giat dibangunkan dan  dijangka dapat disiapkan pada awal Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif USO, Hesham Mansour berkata, pembukaan ruang pejabat baharu itu  didorong berikutan lonjakan dalam perniagaan  yang semakin meningkat khususnya dalam sektor kewangan serta minyak dan gas.

Beliau berkata, dengan adanya ruang pejabat tambahan yang baharu ini akan membantu syarikat syarikat  kewangan yang  berdaftar di Labuan untuk mendapatkan ruang pejabat premium yang  bukan saja lebih kondusif tetapi  juga  menampilkan kontemporari yang indah selain pemandangan laut yang menarik.

“Kami optimis dengan perkembangan kemajuan ekonomi Labuan yang semakin meningkat  permintaan tinggi  terhadap ruang pejabat turut melonjak”  katanya kepada media selepas melawat tapak bangunan pejabat baharu yang ketiga di Kompleks Ujana Kewangan, pada Khamis.

Turut sama dalam lawatan itu Pengurus Wilayah USO Management Ltd, Imelda Thadeus.

Menurut Hesham, sebelum ini USO mempunyai 169  stesen kerja  yang terletak di Aras 16 Ujana Kewangan  dan  63 lagi di Aras 6 Pejabat Utama Ujana Kewangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN