29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

USIA Labuan perlu lebih agresif tarik anak muda

MOHD ALI ketika berucap pada Mesyuarat Tahunan Cawangan USIA Bahagian Labuan,pada Sabtu.

LABUAN: Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan, Mohd Ali Aliman @Asmaran Datuk Seri Panglima Mohd Bledram mengesa ahli-ahli USIA Bahagian Labuan supaya lebih aggresif untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai USIA.

Usaha itu perlu dilaksanakan dengan mengambil pendekatan  baharu  yang boleh menarik minat muda untuk menjadi ahli USIA.

“Kita perlu memandang kedepan untuk masa 10 atau 20 tahun  bagi memastikan adanya pelapis generasi muda yang akan meneruskan  perjuangan USIA di peringkat cawangan dan juga Bahagian.

“Ahli USIA yang ada hari ini adalah merupakan orang lama yang sudah berusia yang  pergerakan aktif mereka begitu terhad.

“Justeru itu, saya mencadangkan supaya setiap cawangan dapat menarik sekurang-kurang 10 anak muda untuk menjadi ahli” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat USIA  peringkat Cawangan Bahagian USIA  Labuan yang diadakan serentak di Dewan DSP Haji Mohamed Bledram, Bangunan USIA Labuan, pada Sabtu.

Mesyuarat yang berlangsung dalam suasana yang harmoni itu turut dihadiri oleh beberapa anak muda yang mewakili persatuan silat dan juga persatuan memanah tradisi Labuan yang sekaligus akan menjadi ahli Belia  USIA Labuan.

Sementara itu, Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan berkata, USIA Bahagian Labuan tidak menolak kemungkinan akan menganjurkan pertandingan memanah dan juga dart sebagai usaha menarik anak muda menyertai USIA.

“Kita bersedia untuk menganjurkan sukan tersebut dengan beberapa syarat  mengikut lunas lunas Islam bagi memastikan mereka memiliki keperibadian yang utuh disamping dapat membantu mengembangkan syiar Islam  kepada golongan muda”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN