26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

USIA Labuan bantu mangsa kebakaran, Sg. Bedaun dan Lajau

SERAH…. Abdul Rahman menyerahkan sumbangan kepada Mariam mewakili ketua keluarga mangsa kebakaran rumah di Kampung Lajau.

LABUAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan tampil menghulurkan bantuan kepada dua buah keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah masing-masing di Tam Perumahan Mutiara Kampung Sungai Bedaun dan Simpang 10 Kampung Lajau, baru-baru ini.

Sumbangan berupa wang tunai itu di sampaikan oleh Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Datuk Haji Abdul Rahman Haji Lamuddin mewakili Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali Aliman Asmaran Datuk Seri Panglima Mohd Bledram.

Sumbangan tersebut masing-masing diserahkan kepada isteri ketua ahli keluarga mangsa kebakaran iaitu Mariam Said bagi mangsa kebakaran rumah Kampung Lajau dan Halimah Kalong bagi mangsa kebakaran rumah kediaman Taman Perumahan Mutiara Kampung Sungai Bedaun.

Abdul Rahman berkata, sumbangan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban kedua-dua ahli keluarga mangsa kebakaran.

Pada 5 Julai lalu keluarga Halimah Kalong (lapan sekeluarga) kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka di Tingkat Dua Blok M, Taman Mutiara Sungai Bedaun 40 peratus musnah terbakar dan selang tiga hari selepas itu keluarga Mariam Said (empat sekeluarga) pula tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah sama sekali dalam kabakaran.

Hadir sama menyantuni keluarga yang ditimpa musibah itu Naib Ketua USIA Bahagian, Sahari Amdan, Ketua Wanita USIA Bahagian, Hajah Rohani Haji Awang Tengah dan Timbalan Ketua Wanita USIA Bahagian, Mariani Lokman.

1.SERAH…. Abdul Rahman menyerahkan sumbangan kepada Mariam mewakili ketua keluarga mangsa kebakaran rumah di Kampung Lajau.

2.SUMBANGAN… Puan Halimah menerima sumbangan USIA yang disampaikan oleh Abdul Rahman sambil diperhatikan Sahari (dua kiri), Hajah Rohani (kiri sekali ) Mariani ( kanan sekali) dan Ketua Kampung Sungai Bedaun Rosmani Puteh (empat kiri)

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN