30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

USIA Kg Pasir Putih Putatan akan pergiatkan aktiviti: Uda

MESYUARAT AGUNG USIA…Hj Uda (duduk tiga dari kiri) bersama sebahagian ahli yang hadir semasa mesyuarat itu.

PUTATAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah ( USIA) Cawangan Kampung Pasir Putih Putatan akan terus mempergiatkan aktiviti dakwah dan amal tahun ini.
” Seperti tahun lalu dan yg sesudahnya kita akan teruskan kegiatan-kegiatan yang dirancang dan akan dirancang, ” kata Pengerusinya yang dikekalkan, Datuk Haji Uda Sulai pada malam Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan bagi 2024 di kediaman beliau di Kg Pasir Putih.

Dalam mesyuarat agung itu Datuk Hj Uda yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas dan Pembantu Menteri Hal Ehwal Anak Negeri dan Undang-Undang dikekalkan sebagai pengerusi.

Timbalan Pengerusi pula, Datuk Haji Matin Datuk Imam Pandin, Naib Pengerusi, Imam Hj Maimun Mokthar, Setiausaha, Hj Jaidin Tamin, Penolong Setiausaha, Haji Abdullah Kassim, Bendahari Hj Patin Johari Ambuyong dan Ketua Penerangan Hj S.Hashim S.Hassan.

Turut dipilih Mustari Mustapa sebagai Ketua Belia, Puan Siti Absah Hj Barudin selaku Ketua Wanita manakala Ahli Jawatankuasa pula terdiri dari Hassan Julai, Muntek Tiang,Arifin Talip, Hussin Daud, Zulkifli Hussein dan Imam Ahmad Malek.

KENANGAN..Hj Uda ( duduk 3 kiri) bersama AJK Usia Cawangan Kg Pasir Putih Putatan yang dipilih untuk sesi 2024-2027.

Datuk Hj Mohd Dahali Hj Matsin dan Hj Imran Tangkim pula masing- masing dipilih sebagai Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap manakala Jalaludin Hj Ahmad dan Juriah Hj Uda dilantik sebagai Juruaudit.

Uda berkata sepanjang tahun lalu pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah Bicara Ilmu dengan kerjasama Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih setiap malam Jumaat di akhir bulan.

“Program Bicara Ilmu yang menampilkan penceramah-penceramah undangan, kita akan teruskan,” katanya sambil menambah pada tahun ini USIA Putatan juga turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Majlis Mesra Aidilfitri seperti tahun-tahun sebelumnya.

Beliau meminta semua AJK dan ahli-ahli USIA di kampung itu meneruskan kerjasama yang diberikan selama ini dan ahli-ahli yg mempunyai cadangan untukbmengadakan aktiviti boleh berhubung dengan beliau dan setiausaha.

Hj Uda juga memuji peranan yang dimainkan oleh golongan wanita melalui sayap wanitanya yang aktif mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun.

Beliau berharap usaha seperti ini dapat diteruskan untuk menambah ilmu dan memantapkan lagi perkembangan dakwah di daerah ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN