25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Usahawan muda perlu tabah, tekun tingkat perniagaan

Datuk Jonathan (kiri) memotong reben perasmian D’Quan Car Wash, diperhatikan Evan Fadzuan (kanan) bersama keluarga dan para tetamu yang hadir.

RANAU: Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menyeru para usahawan muda, agar  tabah dan tekun meningkatkan perniagaan  mereka dan tidak mudah putus asa walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan u ntuk memajukan apa juga bidang yang diceburi.

Datuk Jonathan menegaskan, kesabaran, kejujuran dan kesungghan merupakan  ‘Kata Kunci’ dalam memajukan  perusahaan  atau  bidang pernigaan  meskipun bermula secara kecil-kecilan.

“Kasabaran menghadapi cabaran dalam bidang perniagaan dan tidak mudah putus asa meskipun menghadapi kekangan perlu dijadikan landasan untuk maju ke hadapan”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan D’Quan Car Wash ‘Magic Touch’ dekat  Taman Saujana Kinabalu terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Ranau baru-baru ini.

Car Wash itu diusahakan  salah seorang ‘Usahawan Muda’ tempatan, Evan Fadzwan Lajim yang mendapat sokongan serta dorongan  keluarga khususnya daripada ibu dan enam orang adik-beradik.

Datuk Jonathan mengharapkan kepada Evan Fadzuan agar mengusahakan ‘Car Wash’ itu dengan tekun, tabah dan jujur terus menjadi contoh terbaik kepada golongan  belia Usahawan yang lain.

“Jadikan usaha kamu itu sebagai asas dan langkah pertama mencapai kecemarlangan maju ke hadapan meskipun  menghadapi banyak halangan dan cabaran”,tambah Datuk Jonathan.

Terdahulu , Fadzillahshella Binti Lajim dalam ucapan aluannya mewakili keluarga merakam penghargaan dan terima kasih atas kesudian Datuk Jonathan menghadiri dan merasmikan majlis tersebut.

“Saya mewakili keluarga kami berterima kasih atas kehadiran Datuk ke majlis kami yang diadakan secara ala kadar namun amat bermakna kepada keluarga kami khasnya Evan Fadzuan”, tegas Fadzillahshella yang menyifatkan kehadiran Jonathan sebagai satu motivasi  keluarganya untuk maju dalam bidang yang diceburi.

Majlis berakhir dengan acara memotong reben sebagai gimik perasmian  disempurnakan, Datuk Jonathan disusuli penyampaian cenderakenangan dan jamuan tengah hari diserikan dengan persembahan  lagu-lagu menerusi Karaoke oleh mereka yang hadir.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN