30.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Usahakan penternakan lembu dengan kaedah ‘integration farming’: Abidin

Abidin (tengah) dan lain-lain menunjukkan isyarat bagus terhadap program yang diadakan itu


RANAU: Para penduduk kampung di sini digalakkan untuk mengusahakan penternakan lembu dengan menggunakan kaedah ‘integration farming’ yang didapati lebih effisien.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, melalui kaedah ‘integration farming’, perusahaan penternakan lembu di peringkat kampung boleh dijalankan di padang ragut di kawasan yang berkenaan.


“Kita di Sabah mempunyai padang ragut yang amat luas. Kerajaan Sabah membenarkan para pemilik padang ragut mengusahakan penternakan haiwan melalui ‘integration farming’.


“Selalunya padang ragut diusahakan sebagai ladang-ladang kelapa sawit dan di integrat dengan ternakan lembu. Ianya dibolehkan, yang penting status padang ragut diubah penggunaan tanah kepada tanah pertanian,” katanya.


Abidin yang juga ADUN Paginatan berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perasmian Gerai Ladang Ternakan Kg. Rugading/Kinapulidan dan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Perkarangan Gerai Ladang Kinapulidan.


“Menyentuh tentang Ladang Ternakan, saya ada pengalaman sedikit sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian selama 12 tahun. Kita pernah pergi ke New Zealand untuk mencari baka lembu yang terbaik.


“Tujuannya adalah baka lembu ini akan kita bawa ke Sabah dan Jabatan Veteriner akan meminjam baka-baka ini kepada para penternak seperti Ladang Ternakan Kinapulidan/Rugading ini.
“Kita amat teruja kerana ada kampung-kampung yang terlibat dalam ternakan lembu seperti ini.

Syabas dan tahniah kepada penduduk Kg Kinapulidan dan Kg Rugading kerana dapat mengusahakan padang ragut menjadi Ladang Ternakan Lembu,” katanya.


Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli Ladang Ternakan, dan berkata, perayaan seperti ini bukan sahaja masa untuk ziarah-menziarahi tetapi juga ia boleh memupuk semangat perpaduan di antara semua tanpa mengira latar belakang agama dan fahaman politik.


Tambah beliau, sebagai Wakil Rakyat, beliau sentiasa melihat keperluan kampung dan memberi perhatian dan bantuan sebaik mungkin.


“DUN Paginatan mempunyai keluasan yang amat luas dan mempunyai lebih 100 kampung. Sudah tentunya peruntukan kerajaan kepada ADUN terpaksa diagih-agihkan kepada semua kampung ini walaupun sendikit tetapi kita tidak mahu ada kampung yang tercicir untuk mendapat bantuan.


“Saya menyeru kepada penduduk Kg Kinapulidan dan Kg Rugading supaya terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Kerajaan GRS dan memberi mandat baru kepada kerajaan ini untuk memerintah selepas PRN17 nanti.


“Ini adalah untuk memastikan kesinambungan pembangunan yang sudah dirancang melalui pelan pembangunan Sabah Maju Jaya dapat diteruskan,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Veteriner Ranau Bakri Kulalah mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung kerana berjaya mengusahakan padang ragut.


“Dengan adanya kawasan padang ragut seperti ini, antara kebaikannya adalah, ianya dapat mengelakkan binatang berkeliaran di kawasan bandar. Ia juga boleh mengelakkan penyakit berjangkit binatang daripada merebak ke ladang- ladang lain.


“Kita akan usahakan untuk memberi baka kambing kepada Ladang Ternakan Kinapulidan seperti yang diminta,” katanya.
Pengerusi Ladang Ternakan Kinapulidan yang juga Ketua Kampung, Ismail Galibin merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran terutama YB Datuk Abidin Madingkir dan lain-lain ke majlis itu.


Beliau menyarankan semua pihak untuk teruskan sokongan kepada Abidin kerana terbukti gerak kerja beliau dalam menyantuni rakyat disetiap pelusuk DUN Paginatan amat tinggi dan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat.


“Peranan kita sebagai rakyat, kita juga perlu mecari idea-idea yang bernas dan kreatif untuk membantu wakil rakyat kita untuk sama sama membangun kawasan kita di DUN Paginatan


“Sejarah pembukaan Padang Ragut Kinapulidan/Rugading ini bermula sekitar awal tahun 2000 di mana ladang ternakan kami mendapat bantuan baka lembu daripada Jabatan Veteriner.
“Kini Ladang Ternakan ini pada satu ketika mempunyai lebih 50 ekor lembu. Harapan kami adalah untuk menjadi Ladang Ternakan yang terunggul di Daerah Ranau,” kata beliau.


Turut Hadir wakili Pegawai Daerah Ranau, Jefreson Salingkin, PPM Hishamudin Harun, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal dan para pemimpin masyarakat setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN