27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Urus, kemaskini profil Kampung, MPKK layak terima geran kerajaan.

Oleh: Cleo Will

RANAU: Semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta untuk menguruskan profil Kampung masing-masing bagi membolehkan mereka layak mendapat geran MPKK yang disediakan oleh kerajaan.


Penyelia Pembangunan Masyarakat DUN Paginatan Sainin Hamid berkata, “Geran MPKK adalah peruntukan yang dibiayai oleh kerajaan yang diwujudkan bagi tujuan membolehkan setiap kampung melakukan kegiatan serta aktivitinya.

Sainin(kiri) dan lain-lain menanam bunga semasa majlis itu


“Antara matlamat pemberian ini adalah untuk membolehkan MPKK memupuk perpaduan dan kerjasama masyarakat melalui aktiviti bersama atau gotong-royong untuk menjalankan kegiatan melalui geran ini,” katanya.


Sehubungan itu, Sainin menggesa semua Pengerusi MPKK untuk menguruskan profil Kampung masing-masing kerana ini merupakan salah satu kriteria yang paling penting bagi sesebuah kampung untuk layak mendapat geran MPKK.

Sainin (kanan) menyiram bunga yang baru ditanam


Beliau bercakap ketika merasmikan Geran MPKK Kg Kinasaraban Baru Ranau yang dianugerahkan kepada kampung itu setelah mendapat pencapaian yang memuaskan dalam memenuhi syarat untuk peruntukan itu.


Sementara itu, Sainin mengucapkan tahniah kepada penduduk dan pemimpin disini, khususnya Pengerusi MPKK di Kg Kinasaraban Baru sebagai penerima kedua bagi peruntukan itu di kawasan Paginatan.

Sainin (tengah) dan lain-lain bergambar di hadapan papan tanda yang baru didirikan di kampung itu


“Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada MPKK Kinasaraban Baru kerana berjaya menguruskan profil kampung dan layak mendapat bantuan MPKK untuk tahun 2019. Ini merupakan perkembangan positif bagi kampung secara keseluruhannya.

Sainin (tengah) dan sebahagian penduduk kampung merakamkan gambar kenangan bersama di majlis itu

“Kami mengharapkan kerjasama dan perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat di sini. Sekiranya kerajaan dapat melihat perpaduan dan kejayaan Kg Kinasaraban Baru serta penduduk kampung lain di sini, maka kerajaan pasti akan meluluskan permohonan geran yang seterusnya,” katanya.


Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi MPKK Kinasaraban Baru merangkap Pengerusi Majlis Jerim Mijin, pemimpin-pemimpin tempatan dan penduduk sekitar.
TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN