30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UPKO PERSOAL MENGAPA PENGAJIAN BAHASA KADAZAN DUSUN TIDAK DITAWARKAN WALAUPUN DIIKLANKAN PADA TAHUN 2021

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mempersoalkan pengiklanan kemasukan Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Kadazan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent Tuaran pada tahun lalu yang berkesudahan tanpa sebarang penawaran pelajar.

Menurutnya, walaupun unjuran telah dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, namun pihak kementerian gagal untuk menyediakan tempat kepada para pelajar yang berminat.

“Saya telah mendapati bahawa, sebarang penawaran kepada pelajar gagal dibuat kerana tidak ada peruntukkan yang disediakan kepada bidang pengajian ini.

“Mengapakah perkara ini boleh berlaku? Adakah pihak kerajaan memandang enteng program ini kerana ia hanya meliputi kaum Kadazandusun? Saya berharap ia bukan demikian. Jika tidak, maka sia-sialah agenda keluarga Malaysia yang dicanang-canang selama ini,” katanya.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk rekod, pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan bidang Bahasa Kadazandusun ditawarkan di IPG Kent, Tuaran sejak tahun 2012 melibatkan pengambilan sebanyak 20 pelajar pada setiap tahun.

Ujar Madius, beliau juga mendapat tahu bahawa pengambilan bagi pengajian tersebut tidak akan diiklankan pada tahun 2023 kerana kekangan peruntukkan.

“Sekiranya ia benar maka ini merupakan sebuah perkara yang menyedihkan dan seolah-olah suatu bentuk penghinaan kepada kita di Sabah khususnya dalam kalangan etnik Momogun.

“Saya mahu pihak kerajaan khususnya kementerian melihat semula perkara ini kerana saya berpendapat pengiklanan untuk mendapatkan pelajar bagi sesi 2023 masih belum terlambat.
“Kalau betul isunya adalah kekangan kewangan, maka kita berharap ia dapat diberikan perhatian dan dimasukkan ke dalam bajet 2023.

“Apa yang diperlukan ialah peruntukan pada kadar RM53,875 bagi seorang pelajar untuk tempoh pengajian selama lima tahun. UPKO mencadangkan supaya kerajaan membiayai 20 pelajar untuk kohot 2023 dengan jumlah kos RM1,077,500 untuk mengendalikan kursus tersebut,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN