26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UPKO Labuan sokong kenyataan Ewon  supaya PH Sabah dapat diwakili dalam kabinet Persekutuan

MACGUEL (duduk tengah), Benjamin (duduk tiga dari kiri) bersama AJK UPKO Labuan.


LABUAN: Ketua UPKO Bahagian Labuan, Macguel Sagundai George Junior berkata, UPKO Labuan bukan sahaja berharap wakil UPKO Sabah diberi ruang untuk mengisi jawatan menteri persekutuan, tetapi juga mencadangkan kepada Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pemimpin UPKO Sabah (Ewon) diberi peluang untuk  jawatan Timbalan Perdana Menteri.


“ Kami menyokong penuh kenyataan bakal Presiden Parti UPKO Sabah, Datuk Ewon Benedick  mengenai syor supaya pemimpin   parti UPKO dilibatkan dalam  kabinet kerajaan persekutuan.


“Kami juga mencadangkan agar  Datuk Ewon di pilih sebagai Timbalan Perdana Menteri dari Sabah.
“Bagaimanpun ia terserah  kepada keputusan dan kebijaksanaan Perdana Menteri untuk  membuat pertimbangan dalam menentukan siapa Timbalan Perdana Menteri yang sesuai untuk di lantik” katanya kepada wartawan di sini kelmarin.


Hadir sama, Timbalannya, Benjamin Talah.
Macguel berkata, ini kerana parti UPKO adalah merupakan komponen parti PH  yang cukup setia  dan sentiasa bersama berjuang sejak ditubuhkan.


Sebelum ini, Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon  dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam portal  dan akhbar tempatan  baru-baru ini menyokong penuh Kerajaan Perpaduan pimnpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim  serta menzahirkan harapan supaya PH Sabah akan diberi tempat mewakili kerajaan Persekutuan.


Ewon berkata dengan adanya wakil PH Sabah dalam Kabinet Persekutuan akan dapat memastikan pelaksanaan tawaran tawaran khas PH kepada rakyat Sabah dapat dilaksanakan sepertimana yang telah dijanjikan dalam kempen PRU ke 15 terutamanya  berkaitan  hak 40 peratus Sabah.



 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN