31 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Unit Perubatan Transfusi Darah Hospital Daerah Keningau berjaya kutip 14 pain darah

Staf Unit Perubatan Transfusi Darah Hospital bergambar kenangan bersama penderma gereja dan Majlis Gereja.

KENINGAU: Sebanyak 14 pain darah dikutip dalam Program Derma Darah anjuran Unit Perubatan Transfusi Darah Hospital Daerah Keningau di gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Ria di sini pada Sabtu.

Program Derma Darah dengan kerjasama Majlis Gereja tersebut diadakan setiap tahun di sempena bulan Ramadan.

Ia bertujuan membantu stok darah di Unit Perubatan Transfusi Darah Hospital Daerah Keningau sentiasa cukup dari masa ke semasa.

Menurut Pengerusi Majlis Gereja SIB Ria Alisther Sinteh, program derma darah ini sudah diaadakan pada tahun-tahun sebelum pandemik Covid-19 dan disambung bermula tahun lepas dan tahun ini.

Katanya, pihak gereja sentiasa bekerjasama dengan Unit Perubatan Transfusi Darah Hospital dalam penganjuran program seumpama ini.

Sementara itu pihak Unit Perubatan Transfusi Darah Hospital merakamkan penghargaan kepada pihak gereja atas kerjasama yang diberikan setiap kali penganjuran program.

Jurucakap pihak Unit Perubatan Transfusi Darah Hospital memaklumkan, unit memerlu stok darah yang cukup setiap masa untuk keperluan rawatan pesakit yang memerlukan tambahan darah.

Pada hari yang sama program derma darah turut diadakan di Pasaraya Bataras.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN