ADVERTISEMENTspot_img

Unik, lipas macam muka monyet

UNIK….Antara  bahagian kepala (tengkok) lipas unik yang ditemui itu.

RANAU:  Keunikan seekor lipas  yang ditemui sekeluarga  kakitangan SK. Pekan Dua di sini,  pada malam 14 April lalu, menarik perhatian netizen ketika dalam suasana pendemik Covid-19 masa kini.

Penemuan lipas ‘Turogong’ (Bahasa tempatan) bersaiz 3 sentimeter (cm) panjang dan 1cm lebar itu, ditemui di tepi cermin muka ruang tamu rumah flat guru tempat keluarga itu tinggal.

Belakang tengkok kepalanya  ada lakaran seakan muka monyet.

” Saya menghalau lipas tersebut, namun terpegun seketika apabila terlihat keuikan lipas itu kerana ada suatu melekat di belakang tengkok kepalanya  ada lakaran seakan muka monyet.

“Saya tidak jadi menghalaunya tepi manggil anak  lelaki saya ‘Bede’ 4 tahun untuk menangkap
dan menyimpan lipas itu ke dalam balang kosong serta memberi lipas itu makanan sisa roti dan karak nasi,” kata ibu yang namanya enggan disiarkan.

Menurutnya, ramai jiran yang mahu datang untuk melihat sendiri keunikan lipas itu tapi pihaknya tidak membenarkan sesiapapun, datang ke flat mereka ketika ini memandangkan  masih berkuat-kuasa PKP.

“Lepas PKP barulah saya buka kepada sesiapa yang mahu melihat, memerhati sendiri dan merakam gambar”, tambah ibu tersebut. BDB Online

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN