ADVERTISEMENTspot_img

UNICC Memacu Pemantapan Pelaksanaan Kursus Kokurikulum Berkredit di IPT

Dr. Za’im dan anggota PKPP dalam program tersebut

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Ko-kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) telah menjadi tuan rumah Mesyuarat dan Bengkel Strategik Majlis Kokurikulum Universiti Awam Malaysia (UniCC) di Kundasang, baru-baru ini.

Program yang dihadiri oleh semua pengarah dan dekan instusi pengajian tinggi awam Malaysia pada 8 hingga 10 Mei itu berjaya merangka perancangan strategik yang mengutamakan pembentukan pelajar holistik sesuai dengan keperluan semasa secara menyeluruh dalam aspek insaniah dan kemandirian mahasiswa.

Selain daripada itu, bengkel ini juga telah merangka beberapa strategi pemerkasaan aspek pengajaran dan pembelajaran serta penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap dalam pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit di Malaysia, melalui latihan dan profesionalisme, pengembangan bakat dan kesukarelawanan, digital dan multimedia dan seminar dan penerbitan.

Pengerusi UniCC Dr. Za’im Ahmad yakin pelan strategik UniCC ini dapat direalisasikan dengan komitmen dan kerjasama semua ahli dan pihak berkepentingan dan sokonga Kementerian Pengajian Tinggi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN