24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMSKAL perlu tonjolkan diri diperingkat global: Mohamad Yusof

CENDERAHATI…. Mohammad Yusof (dua kiri) menerima cenderamata daripada Datuk Dr. Kasim disaksikan Dr. Mohammad Saffree dan Dr. Mohamad Rizal (kiri).

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) perlu berusaha dan bersiap sedia  untuk  menonjolkan diri di peringkat global.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohammad Yosof Apdal berkata sebagai sebuah kampus yang menyediakan program kewangan antarabangsa perlu dimaklumkan ke peringkat antarabangsa supaya lebih ramai pelajar dari luar negara menyertai UMSKAL sesuai dengan statusnya sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa.

“Labuan  yang diiktiraf sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa (IBFC) serta hab minyak dan gas  sudah pasti  menjadi kelebihan UMSKAL  untuk memanfaatkan status antarabangsanya, selain membantu meningkatkan imej Labuan secara keseluruhan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan kerja beliau ke UMSKAL, pada Ahad.

Terdahulu ketibaan Mohammad disambut oleh  Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor.

Turut hadir Penolong Naib Canselor (Strategik), Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree, Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid dan Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah.

Sempena lawatan itu, Mohammad Yusof turut diberikan taklimat Sejarah dan Perkembangan Semasa UMSKAL selain dapat beramah mesra dengan pelajar dan kakitangan UMSKAL.

Pada ketika ini, UMSKAL mempunyai 232 orang kakitangan yang terdiri daripada 88 pensyarah di Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB). serta 144 kakitangan pentadbiran.

UMSKAL mempunyai 2,066 orang pelajar yang berasal dari seluruh Malaysia iaitu 725 dari Semenanjung Malaysia, Sarawak (257), Sabah (1,018) dan Wilayah Persekutuan  Labuan (66).

Tamat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN