22 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

UMSKAL duduki tempat ketiga Kejohanan SUIPTS Sabah 2025

Kontinjen UMSKAL yang berjaya menduduki tempat ke tiga

LABUAN: Kontinjen Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menduduki tempat ketiga daripada 19 pasukan yang menyertai Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah (SUIPTS) yang diadakan di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu Sabah baru baru ini.

Pada kejohanan empat hari yang berakhir Ahad lalu menyaksikan UMSKAL meraih tiga pingat emas, satu perak dan empat gangsa.

Tiga pingat emas yang berjaya di bawa pulang oleh kontinjen UMSKAL menerusi Sukan Catur oleh Awang Mohd Shafie bagi kategori Rapid Lelaki dan Blitz Lelaki.

Manakala satu lagi pingat emas dimenangi, oleh McMandy Jasmi @Steve bagi kategori Blitz Wanita.

Sukan catur turut menyumbang satu pingat perak melalui Alif Azali bagi kategori Blitz Lelaki.

Sementara itu, empat pingat gangsa masing di sumbangkan menerusi acara Badminton, Catur Rapid Lelaki Badminton Bergu Lelaki, Badminton Bergu Wanita dan Bola Tampar Lelaki.

Pada kejohanan tersebut, UMSKAL menghantar seramai 65 atlet yang diketuai oleh Pengarah UMSKAL, Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus induk muncul juara keseluruhan selepas berjaya merangkul 29 pingat emas, 10 perak dan tiga pingat gangsa.

Naib juara dimenangi oleh pasukan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) yang membawa pulang empat pingat emas, 14 perak dan sembilan gangsa.

Majlis penutupan rasmi kejohanan dan majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Sukan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Dr Hanafiah Ayub.

Tamat
Gambar:
1.Kontinjen UMSKAL yang berjaya menduduki tempat ke tiga

2.Atlet Sukan Catur UMSKAL yang berjaya mengutip tiga emas dan satu perak dan satu gangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN