27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMS anjur Kursus Pembenihan Ketam Bakau pada 6-7 September

Gambar hiasan UMS

KOTA KINABALU: Sektor Hatceri Krustasia, Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Kursus Pembenihan Ketam Bakau Siri 1/2022 pada 6 -7 September 2022.

Menurut kenyataan IPMB, kursus tersebut akan dilaksanakan secara hibrid bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

“Pada hari pertama, ia akan dilangsungkan secara dalam talian melalui aplikasi Webex.

“Pada hari kedua, peserta diminta hadir ke Hatceri Krustasia IPMB dan mengikut kursus secara fizikal dengan melibatkan aktiviti secara praktikal (hands-on),” demikian menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sehubungan itu, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan pendaftaran penyertaan boleh menghubungi Alwie (014 355 5628) atau Thien  (013 850 732).

Pendaftaran  juga boleh diisi melalui pautan https://forms.gle/WgygRrEt7N54uKfX9.

Kesemua peserta akan menerima sijil penyertaan dari IPMB UMS.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN