27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMS agih 350 bakul makanan kepada penduduk Kampung Bolong Baru dalam Ihya Ramadan bersama Komuniti

Gambar 1: Rahman menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penduduk Kampung Bolong Baru.

TUARAN, 14 April – Sebanyak 350 bakul makanan diagihkan kepada penduduk Kampung Bolong Baru dalam satu Majlis Ihya Ramadan bersama Komuniti anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Masjid Haji Sidek di sini, baru-baru ini.

Penyerahan tersebut sebagai salah satu usaha UMS bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19 sekali gus sebagai amal jariah sempena bulan Ramadan yang mulia.

Penyampaian disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.

Hadir sama, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, dan Pengerusi Masjid Haji Sidek, Mohd Hadri Mohd Dait.

Rahman kemudiannya berbuka bersama-sama penduduk sebelum menunaikan solat fardhu dan sunat Tarawih secara berjemaah di masjid berkenaan.

Ihya Ramadan Bersama Komuniti akan bertandang ke Masjid Al Manshor, Kampung Tamau Kota Belud pada Sabtu ini.

PENERANGAN GAMBAR:

Gambar 1: Rahman menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penduduk Kampung Bolong Baru.

Gambar 2: Rahman mengambil gambar kenangan bersama selepas menunaikan solat berjemaah di Masjid Haji Sidek.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN