28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Jun 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO  Labuan ucap terima kasih kepada Perdana Menteri

MOHD RAFI (duduk tengah) bersama Ketua Ketua Kampung pada Majlis Penyerahan Tangki kepada penduduk kampung yang terjejas bekalan air di Dewan Komuniti Sungai Lada, baru baru ini.

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah menyelasaikan dua masalah asas yang dihadapi oleh rakyat Labuan  sejak sekian lama.

Ketua UMNO Bahagian Labuan,  Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, dua masalah asas yang telah berjaya diselasaikan oleh Perdana Menteri itu ialah membantu menyelasaikan  isu gangguan air dan elektrik yang  selama ini telah  membelengu kesejahteraan hidup rakyat Labuan.

‘UMNO Bahagian Labuan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru baru ini telahpun mengumumkan peruntukan RM300 juta untuk menyelasaikan masalah air.

“Selain itu, Perdana Menteri juga  telah mengambil inisiatif yang melibatkan kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan Petronas untuk membina janakuasa bagi memastikan  bekalan elektrik untuk penggunaan  rakyat di pulau ini sentiasa mencukupi”katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan Bantuan Tangki   kepada penduduk kampung di Dewan Komuniti Sungai Lada, baru baru ini.

Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, penggumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu membuktikan Kerajaan Perpaduan komited untuk menyelesaikan isu gangguan bekalan air dan elektrik yang dihadapi oleh rakyat pulau ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh satu hingga dua tahun.

 “ Alhamdulillah dua  permasalahan  asas yang dibelenggu oleh rakyat Labuan selama ini akan selesai dalam tempoh satu tahun  atau  dua tahun.

Beliau berkata, Rakyat Labuan perlu bersyukur  dan berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Perpaduan  untuk menyelesaikan  jangka panjang dua masalah   bekalan air dan elektrik di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN