31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan terus curah bakti kepada rakyat


Mohd Rafi bersama keluarga murid OKU yang dikunjungi di Kampung Bukit Kalam.

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan terus mencurahkan bakti kepada rakyat tanpa mengharapkan sebarang balasan, sebaliknya cukup sekadar mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti yang telah banyak berjasa kepada orang negara, bangsa dan agama.


Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hasan berkata khidmat bakti yang dicurahkan parti kepada rakyat lebih kepada memberikan kesejahteraan kepada rakyat, selain membantu rakyat yang memerlukan bantuan.


“Khidmat bakti yang dicurahkan oleh parti UMNO kepada rakyat sebenarnya merupakan satu kepuasan kepada pemimpin jika kita dapat membantu dan menyelesaikan masalah rakyat…walaupun kadang kala kita rasa bantuan yang kita berikan itu kecil…tetapi pada mereka sebenar besar” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengunjungi beberapa penduduk kampung untuk menyerahkan sumbangan dan bantuan yang diperlukan menerusi Program Peduli Rakyat yang diadakan baru baru ini.


Pada majlis itu Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut mengunjungi seorang murid kurang upaya di Kampung Bukit Kalam.


Dalam kunjungan itu, beliau berjanji akan menghulurkan sumbangan kerusi roda elektrik bagi memudahkan murid berumur 10 tahun itu bergerak bebas.


Sebelum ini murid berkenaanmenggunakan kerusi roda manual yang membataskan pergerakannya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN