BASHIR….. ketika berucap merasmikan mewsyuarat Agung Umno Bahagian Labuan, pada Ahad.
LABUAN – Umno Bahagian Labuan menegaskan sekali lagi yang calon PRU ke 15 bagi kerusi P 166 akan diwakili oleh calon dari parti UMNO.
Ia ditegaskan apabila 29 cawangannya termasuk di peringkat Bahagian telah mengusulkan bahawa Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Bashir Alias di calonkan sebagai calon BN pada PRU ke 15 tanpa sebarang kompromi.

MESYUARAT… Bashir (dua kiri) bersama jawatankuasa kepimpinan parti Bahagian yang hadir pada mesyuarat tersebut.
Usul tersebut telah disokong dan dipersetujui sebulat suara oleh 200 perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Labuan yang dibuat secara maya diperingkat cawangan.
Mesyuarat yang diadakan dalam suasana berbeza itu akibat pandemik COVID 19 telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias di salah sebuah hotel di sini pada Ahad.
Terdahulu, Bashir dalam siding media selepas merasmikan mesyuarat tersebut berkata, UMNO Bahagian Labuan menyokong pendirian kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO yang parti itu menolak kerjasama dengan parti pembangkang khsusunya DAP dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Annuar Ibrahim.
Bashir yang juga Ahli Dewan Negara berkata, pendirian Umno Labuan yang telahpun memenangi pada PRU lalu dan sebelumnya akan terus menuntut supaya calon PRU ke 15 bagi kerusi P 166 Labuan harus datangnya dari parti UMNO, malah UMNO Labuan tidak akan berkompromi dalam menentukan soal calon dari parti yang lain.
“Sejak sekian lama, calon UMNO telah yang memenangi PRU dan sudah semesti PRU akan datang, pemimpin bahagian Umno Labuan harus dipilih untuk bertanding bagi meneruskan legasi Umno Labuan.
“Kita mahu pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) pusat menyuarakan hasrat Umno Labuan untuk pemimpin tempatan Umno Labuan dicalonkan PRU nanti,” katanya.
Bashir menegaskan sekiranya ada usaha-usaha untuk meletakkan calon daripada parti-parti lain (dalam pemerintahan kerajaan), Umno Labuan tidak akan berganjak dan akan terus bertanding meskipun menentang calon dari parti pemerintah dalam PRU akan datang.
“Dengan jumlah pengundi hampir mencecah 29,000 orang, dengan lebih 5, 000 terdiri dari kalangan pengundi Tiong Hua dan etnik Sabah, yang menyokong Umno, wajarlah kita harus terus kekal bertanding,” katanya.