30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan santuni mantan Ketua Kampung Bukit Kuda

ZIARAH UMNO….Bashir (empat kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mustapha sambil diperhatikan oleh AJK UMNO Bahagian yang lain.

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan  menziarahi mantan Ketua Kampung Bukit Kuda yang juga mantan AJK UMNO Bahagian, Haji Mustapha Tangkim menerusi Program Prihatin Ziarah UMNO  yang diadakan baru-naru ini.

Turut diziarahi pada program tersebut ialah mantan Ketua Pemuda  UMNO Cawangan Bukit Kuda, Rosman Khamis yang mengalami kecederaan  selepas  terlibat dalam kemalangan jalaya raya baru-baru ini.

Rosman yang juga salah seorang kakitangan Perbadanan Labuan  mengalami kecederaan serius  dibahagian lengan  dan terpaksa dihantar  ke Hospital Queen Elezabeth   Kota Kinabalu untuk menjalani pembedahan dan rawatan lanjut.

Kunjungan Prihatin Ziarah UMNO  itu telah diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Labuan yang juga Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias.

Turut sama, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hajah Niswati Tarji, Setiausaha UMNO Bahagian, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan, Ketua UMNO Cawangan Bukit Kuda, Madzan Yunus serta beberapa AJK UMNO Bahagian yang lain.

Pada  kunjung ziarah itu, Bashir turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan  makanan dan wang tunai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN