26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan panjat kesyukuran Zahid bebas daripada tuduhan bermotif politik

Datuk Mohd Rafi

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan hari ini  memanjatkan kesyukuran  kepada Allah SWT  atas keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan kesemua 47 kes pertuduhan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr  Ahmad Zahid Hamidi, pada Isnin lalu.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan  berkata,  penghinaan yang dihadapi oleh Datuk Seri Dr  Zahid sejak 5 tahun lalu telah diangkat darjatnya semula hari ini bila mana Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  telah melepaskan beliau atas 47 pertuduhan Pecah Amanah, Rasuah dan Pengubahan Wang Haram Dana Yayasan Akal Budi.

“Allah Maha Adil dan Allah Maha Mengetahui segala-galanya, Allah tidak akan membenarkan umatnya dizalimi. Kebenaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin tertentu bersama kuncu-kuncunya dapat ditonton oleh rakyat Malaysia hari ini” katanya dalam satu hantaran  akuan  Facebook miliknya, hari ini.

Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, keputusan pihak Pendakwa Raya untuk melepaskan  kesemua 47 pertuduhan kes terhadap  Datuk Seri Dr  Ahmad Zahid Hamidi adalah tepat  bagi mengelakkan kegusaran berlakunya salah laku keadilan dalam  khalayak umum di negara ini.

Beliau berkata, tindakan dan permainan kotor  mantan Perdana Menteri (Tun Mahathir) era 2018 sangat jelas  dan amat menjijikan malah beliau telah memperkosakan Sistem Perundangan Negara secara terus dengan Pelantikan beberapa jawatan penting kepada agensi yang melibatkan  Perundangan Negara seperti SPRM dan Peguan Negara (AG)  sekaligus memudahkan mereka untuk melakukan kezaliman kepada pemimpin UMNO yang enggan mengikut telunjuk mereka.

Jelasnya, politik kotor  itu bukan sahaja dilakukan kepada Presiden Parti UMNO Datuk Seri Dr Zahid tetapi juga  kepada Datuk Seri Najib  yang telah dimasukkan kedalam penjara yang  dibuat secara tergesa gesa tanpa memberi peluang keadilan yang sewajarnya kepada Datuk Seri Najib.

“UMNO Labuan berharap ahli ahli parti  perlu bersolidariti bersama sama Presiden untuk terus memimpin UMNO ke arah yang lebih baik” katanya.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah,  rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akal Budi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN