35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan minta Kemas perbanyakkan kursus latihan kemahiran- Mohd Rafi

GAMBAR: PERBINCAANGAN….Mohd Rafi (duduk tengah) ketika bertemu dengan Asri bagi membincangkan pelbagai perkara yang boleh menjana pendapatan warga Labuan

LABlUAN: UMNO Bahagian Labuan meminta Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan  agar memperbanyakkan kursus latihan kemahiran yang boleh menjana pendapatan rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketuanya, Datuk Mohd Rafi Ali Hasan berkata, UMNO Bahagian Labuan sedia  bekerjasama dan berkolaborasi bagi memastikan warga Labuan tidak ketinggalan dalam apa juga inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

“UMNO Labuan sedia berkerjasama dan berkolaborasi dengan KEMAS dalam melaksanakan   kursus latihan kemahiran yang mampu menjana pendapatan warga Labuan dan kita juga akan pastikan warga Labuan tidak ketinggalan  dalam apa juga inisiatif yang di sediakan oleh kerajaan selepas ini” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Asri Salleh  di salah sebuah hotel di ibu negara, pada Khamis.

Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)  UMNO berkata, ramai yang melihat Jabatan KEMAS sebagai sebuah agensi kerajaan yang kecil jika dibandingkan dengan kementerian atau  jabatan yang lain.

“Namun peranan KEMAS sebenarnya cukup besar dan tidak dapat dipertikai, ini kerana  KEMAS telah memainkan peranan dalam mengubah minda dan pemikiran masyarakat terhadap kepentingan ilmu melalui pendidikan di pra sekolah seperti Tadika dan taska” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN